Tuesday, August 10, 2010

PENTAKSIRAN, PENGUJIAN, PENILAIAN

PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN.


PENTAKSIRAN

Definisi

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Tujuan Pentaksiran

-->Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran

-->Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

-->Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.

-->Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.

-->Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.

-->Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

-->Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran





PENGUJIAN

Definisi

Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.

Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Menurut Cronbach (1970)

“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori”.

Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti, atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”.

(Raminah 1991:2).

Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

PENILAIAN

Definisi

Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.



Perkaitan pengujian, pengukuran dan penilaian



Diagnosis

Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama dan sebagainya.

Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar? Sekiranya pelajar menghadapi masalah, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.

Pencapaian

Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu, penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil kepada pelajar.

Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.

Pemilihan dan Penempatan

Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.

Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.

Bimbingan dan kaunseling

Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.

Tujuan lain Penilaian Ujian

-->Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.

-->Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain.

-->Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain.

-->Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya

-->Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan.

-->Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.

-->Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.

-->Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka.

-->Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.





TAKSONOMI DAN DOMAIN



TAKSONOMI BLOOM (TAHAP-TAHAP KOGNITIF BLOOM )



Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah bertujuan mengetahui tahap kognitif pelajar. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu: Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian.









Jadual Taksonomi Kognitif Bloom (1956)



Aras Pengetahuan



Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini :



1. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau symbol.

2. Pegetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah.

3. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Contonya; siapa,apa, di mana, bila, beri definisi, senaraikan, dan nyatakan.



Ciri-ciri soalan aras pengetahuan:

• Pelajar perlu menggunakan proses mental.

• Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pebgajaran guru.

• Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru.

• Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada salah atau betul.



Aras Kefahaman



Aras ini memerlukan keupayaan pelajar member huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga:



Penterjemahan

• Menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah makna asal.



Mentafsir (Interpretasi)

• Mentafsir idea/ mesej tersirat dan tersurat.

• Menerangkan idea dalam ayat sendiri.



Ekstrapolasi

• Membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberikan/ terima.



Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini anataranya jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan, dan kelaskan.



Ciri-ciri soalan aras kefahaman

• Proses mental

• Maklumat asas telah diajar

• Perlu bahan atau alat komunikasi

• Pelajar menyatakan kefahaman mereka sendiri.





Aras Aplikasi



Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum, dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum, untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan, selesaikan, susunkan, dan gunakan.



Ciri-ciri soalan aras aplikasi

• Menggunakan proses mental aplikasi

• Soalan melibatkan tiga frasa iaitu

• Masalah situasi yang baru tidak dengan masalah yang dibincangkan dalam bilik darjah.



Aras Analisis



Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur.



Jenis-jenis aras analisis

1. Analisis unsur – memerlukan pelajar menetukan unsur-unsur. Pelajar juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada.

2. Analisis hubungan – membuat perkaitan bukti dengan hipotesis.

3. Analisis prinsip – pelajar mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan mengenalisis tujuan, pandangan dan pendirian.



Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah kenapakah, mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan.



Ciri-ciri soalan aras analisis

• Soalan menggunakan proses mental analisis

• Situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam bilik darjah.

• Situasi, dokumen perlu dianalisis

• Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahan yang dipelajari.





Aras Sintesis



Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur kepada yang lebih jelas.



Jenis-jenis soalan aras sintesis.

1. Sintesis penyampaian – menghurai dan menarik minat.

2. Sintesis himpunan – satu himpunan perlakuan.

3. Sintesis cadangan – cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak.



Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apa akan berlaku.





Aras Penilaian



Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasakan kriteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilao sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan.









DOMAIN KRATHWOHL







Jadual Domain Krathwohl



Penerimaan



Penerimaan merupakan satu bentuk kesediaan atau penerima sesuatu yang ingin disampaikan. Individu tidak akan menolak rangsangan. Tindakan adalah terhad.



Gerakbalas



Seseorang akan bertindakbalas kepada rangsangan yang diterima disebabkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. Motif ini adalah motif ingin tahu. Tindakbalas ini akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan. Gerakbalas pada mulanya atas arahan terpaksa dan akhirnya akan menjadi kepuasan.









Penilaian
Sesorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. Nilai atau motif ini boleh dianggap motif luaran atau menjadi landasan kepada setiap individu.

Jenis penilaian

1. Penerimaansemua nilai yang menjadi landasan kepada penerimaan.
2. Pemilihan nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepada landasan pendiriannya.
3. Komitmen memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan pendirian dan menerima cabaran.

Organisasi

Seseorang itu boleh menyusun semula sesuatu nilai kepada suatu set susunan yang sistematik. Pengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian diantaranya dan menyusun nilai-nilai konsep itu.

Perwatakan

Seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

Kedah Penilaian Bahasa

-->Penilaian Melalui Portfolio.

-->Penilaian Melalui Pemerhatian.

-->Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran.

-->Penilaian Melalui Soal Jawab.

-->Penilaian Melalui Projek.

-->Penilaian Melalui Kertas Kerja.



Penilaian Melalui Portfolio.

Apakah portfolio?

>Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Ciri-ciri portfolio.

-->Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.

-->Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.

-->Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.

-->Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.

-->Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.


Penilaian Portfolio

<-->Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.

<-->Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.

<-->Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.

Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina.

<>Porfolio kerja harian

<>Portfolio hasil terbaik

<>Portfolio dokumen.



<>1<>Portfolio Kerja Harian

>Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan. Contohnya;

Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.

<>2 <>Portfolio Hasil Terbaik

>Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. Berbentuk sumatif . Contohnya;

Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.



<>3 <>Portfolio Dokumen

>Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan. Contohnya;

Hasil lukisan daripada warna tersebut.



Kegunaan Portfolio

-->Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.

-->Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar

-->Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.

-->Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.

-->Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.



Perancangan Portfolio

Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:

-->Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.

-->Kenalpasti isi kandungan portfolio.

-->Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.

-->Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.





Bagaimana Portfolio dinilai?

->Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.

-->Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.

-->Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.



Merekod Penilaian Portfolio

• Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.

• Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penetuaan gred.

Kriteria penilaian

I. Struktur dan organisani

II. Strategi pengurusan

III. Variasi isi yang sesuai

IV. Struktur ayat dan gaya bahasa

V. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.

VI. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.

VII. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.

Penilaian Melalui Pemerhatian

-->Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P.

-->Meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.

-->Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profile.

-->Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.

-->Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.

-->Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian;

>Kualiti Pemerhatian

>Bentuk perancangan

>Merekod penilaian pemerhatian

>Jenis Pemerhatian

>Strategi pelaksanaan

>Fungsi penilaian melalui pemerhatian.

Kualiti Pemerhatian

-->Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan persekitarannya.

-->Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.

-->Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.

-->Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.

-->Tekal dan stabil dalam penilaiannya.

Bentuk Perancangan

-->Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.

-->Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.

-->Merangka tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.

Merekod penilaian pemerhatian

Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:

Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan. Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas

-->Menjalankan Tugasan -- Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepa

-->Cara merekodkan dapatan dan rumusan --Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.

-->Tindakan Susulan--Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.

Rekod anekdot

- Boleh digunakan untuk menialai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti berikut:

-->Kecekapan linguistik (bidang bahasa)

-->Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu

-->Muzik

-->Kecekapan (body khanisthetic)

-->Kecekapan intrapersonal

-->Kecekapan interpersonal

Kecekapan Linguistik

- Keupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat hati, menyakinkan dan merangsang.

Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu.

- keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.

Muzik

- keupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu.

Kecekapan (body khanisthetic)

- Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.

Kecekapan Intrapersonal

- Keupayaan memahami perasaan dan emosi diri.

Kecekapan interpersonal

- Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.



Jenis pemerhatian

Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu:;-

- Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsian (interpretation) dab tanggapan (judgement). Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.

- Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara “open ended”. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.

- Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuense.

Strategi Pelaksanaan.

- Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang. menggunakan senarai semak.

- Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian

- Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan

- Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.

- Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

Fungsi Pemerhatian

- Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.

- Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

JENIS PENILAIAN BAHASA

-->Ujian Formatif

--> Sumatif

-->Ujian Kefasihan

]--> Kemajuan

-->Ujian Bakat

-->Pencapaian

Ujian Formatif

Ujian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ujian ini dijalankan semasa kursus diadakan dan tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses pembelajaran.

Ujian Sumatif

Ujian sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyekuruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.

Jadual banding beza antara ujian formatif dengan ujian sumatif

Ujian Bakat

Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.

Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.

Ujian Kefasihan

Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa. Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka.

Ujian Kemajuan :

Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas.

Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara –perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu.

PEMBINAAN UJIAN


SOALAN OBJEKTIF

DEFINISI

Soalan objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.

Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang menggunakan item objektif. Item seumpama ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir. Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama.

“Soalan objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa”

(Gronland,1977).

Antara contoh soalan berbentuk objektif:

• Item jenis pendek

• Item jenis padanan

• Item jenis anekapilihan

• Item kloz

Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:

1. Item respon bebas

2. Item respon tetap (item objektif pilihan)

Item respon bebas

Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.

Contoh;

-->Apakah lawan bagi perkataan rajin ? ________

-->Kita mesti ______bermain sekarang sebab hujan.

Item respon tetap (item jenis pilihan)

Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.

Jenis soalan respon tetap;

-->Format salah betul

-->Padanan

-->Aneka pilihan

Format salah betul

Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T).

Contoh;

Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:

-->Hitam – Putih ( )

Padanan

Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.



Aneka Pilihan

Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.

Jenis item aneka pilihan;

-->Berbentuk soalan

-->Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap

-->Jenis jawapan terbaik

-->Analogi

-->Antonim

-->Jenis negatif

-->Mengisi tempat kosong

-->Item jenis campuran

-->Teknik kloz

Terbahagi kepada tiga jenis pilihan:

-->Stimulus (rangsangan) merupakan bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus dimana soalan itu didasarkan, mungkin dalam bentuk teks, grafik, jadual, atau perbualan.

-->Stam merupakan bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau soalan.

-->Jawapan pilihan merupakan bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan yang berbentuk angka simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain.

Perkara berikut harus dipatuhi semasa membina soalan jenis aneka pilihan:

-->Arahan mesti jelas dan mudah difahami.

-->Ayat yang digunakan tidak berbunga-bunga.

-->Jawapan yang disediakan haruslah logik.

-->Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah.

-->Aras kesukaran haruslah setara.

-->Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.

-->Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.

Kelebihan dan Kelemahan Ujian Objektif

Ujian objektif mempunyai beberapa kelebihan dan di antaranya ialah:

-->Ujian ini mempunyai objektif ujian tugas calon dan asas penilaian lebih jelas dan lebih tepat.

-->Ia bebas daripada penyelewengan pemarkahan. Keadilan dari segi pemarkahan tersebut terjamin.

-->Tidak menggalakkan penipuan.

-->Ujian ini mempunyai nilai potensi diagnostik yang tinggi.

-->Ia boleh diskor dengan tepat.

-->Ia juga boleh diskor dengan menggunakan mesin dan tidak memerlukan orang-orang yang terlatih.

-->Pemeriksaan boleh dipercayai.

-->Ujian ini bebas daripada artikulasi verbal. Ia tidak memerlukan kefasihan bahasa.

-->Ia dapat mengukur proses mental yang tinggi.

-->Ia memberi sumbangan kepada sampel isi yang luas.

-->Ia dapat menyumbang kepada cara pengumpulan item yang baik.

Di samping kelebihan dan kebaikkannya ini, terdapat juga kelemahan-kelemahan pada ujian objektif ini:

-->Ia tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih, mengatur dan membuat sentisis idea-idea dan melahirkannya secara sepadu.

-->Ada kecenderungan menggalakkkan pelajar-pelajar meneka.

-->Semasa menduduki peperiksaan calon terpaksa menggunakan banyak masa untuk membaca dan berfikir.

-->Ujian ini memaksa guru-guru mengambil masa yang banyak untuk menyediakannya. Banyak tenaga yang digunakan.

-->Ia tidak dapat mengukur keaslian.

SOALAN SUBJEKTIF

DEFINISI

Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.

Terdapat dua jenis soalan subjektif:

-->Item jenis struktur

-->Item jenis esei

Prinsip pembinaan soalan jenis struktur

Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.

Prinsip pembinaan soalan jenis esei

Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.

Terdapat dua jenis item esei

1. Item tindak balas terhad

2. Item tindak balas lanjutan

Item tindak balas terhad

Item tindak balas terhad membataskan isi dan bentuk tindak balas. Item jenis ini juga dihadkan kepada skop/topik tertentu sahaja. Item jenis ini berupaya mengukur aras kognitif isi yang terbatas.

Item tindak balas lanjutan

Item jenis ini berbeza daripada item tindak balas terhad. Item jenis ini tidak membataskan isi dan bentuk tindak balas. Pelajar akan dirangsang untuk berfikir dan mengaitkan serta mengaplikasikan pengetahuan serta pengalaman yang dipelajari di bilik darjah atau pengalaman sedia ada murid dalam jawapan mereka.

Kelebihan dan kelemahan Ujian Subjektif

Seperti ujian objektif, ujian jenis subjektif juga mempunyai kelebihan-kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah:

-->Ia boleh dibina dengan mudah. Bilangan soalan yang dibina sedikit.

-->Ujian jenis ini berupaya mengurangkan tekaan jawapan.

-->Ia berupaya memberi peluang kepada calon untuk menunjukkan kebolehannya. Mereka boleh memilih aspek-aspek pembelajaran yang paling penting dan wajar, mereka boleh mengelolakan pengetahuannya, mereka boleh mengemukakan pendapat dan sikapnya, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.

-->Membolehkan calon-calon menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka menghampiri situasi sebenar.

-->Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.

-->Berguna untuk menggelakkan pemikiran pembelajaran pada peringkat atau proses mental yang tinggi.

-->Ia mempunyai potensi untuk mengukur keaslian

-->Tidak menggunakan masa yang banyak untukmenyediakannya.

Dari segi kelemahan-kelemahannya pula, ujian ini memperlihatkan:

-->Nilai potensi diagnostik yang rendah

-->Ia cenderung untuk menggalakkan penipuan. Pelajar-pelajar boleh menghafaz karangan dan menuliskannya dalam ujian itu.

-->Tidak boleh diskor dengan mesin. Ia memerlukan orang-orangyang terlatih.

-->Pemeriksaan kurang boleh dipercayai.

-->Tidak dapat menyumbang kepada sample isi yang luas.

-->Ia memerlukan masa yang panjang bagi murid menjawabnya dan bagi pemeriksa memeriksanya. Ia mahal dan membosankan.

-->Tidak bebas daripada artikulasi lisan. Ia memerlukan kefasihan berbahas.


JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Definisi JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian)

Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.

Kepentingan JSU

-->Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.

--> Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran

--> Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

-->Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.

--> Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.

--> Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

Langkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)

JSU mengandungi maklumat tentang:

-->Bentuk dan panjangnya ujian

-->Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji

-->JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.

-->Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.

-->Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.

-->Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.

-->Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.

-->Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.

Langkah pertama

-->Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji

-->Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.

Langkah dua

-->Menentukan soalan yang ingin dibina. Contohnya; soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)

-->Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.


Jumlah Soalan

Langkah tiga

-->Menentukan aras kesukaran

-->Menentukan model aras kesukaran model (JSU)

-->Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

Langkah empat

-->Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.

-->Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)

Langkah Lima

-->Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen

-->Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)

-->Menetapkan pemarkahan.

Langkah enam

-->Menyatakan matapelajaran

-->Tingkatan atau kelas

-->Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment